OUR PROFILE

WAKTU SOLAT JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI & MERSING

Friday, January 21, 2011

Hari Tanpa Beg Plastik; Sejauh Mana Keberkesanannya???

Assalamualaikum..
Kami dari Staff HPA Cawangan Johor Bahru dengan  ingin memaklumkan kepada semua ahli-ahli serta pengguna produk-produk HPA yang kami telah melancarkan HARI TANPA BEG PLASTIK pada setiap hari JUMAAT. Kami melancarkan HARI TANPA BEG PLASTIK bertujuan untuk menyemai semangat sayangkan BUMI. Kami harap kita semua dapat menjayakan kempen HARI TANPA BEG PLASTIK.

Fakta Yang Tidak Ingin Diketahui Mengenai Beg Plastik dari Kedai Membeli Belah

Renungilah fakta yang mengejutkan mengenai  beg plastik dari kedai membeli belah:
    • Beg Plastik diperbuat dari polietilena. Polietilena adalah produk hasil dari petroleum.
    • Lebih kurang 60 - 100 juta tong petroleum digunakan untuk menghasilkan beg plastik setahun untuk seluruh dunia.
    • Penghasilan dan pengeluaran beg plastik menyumbang kepada pencemaran udara dan kadar pengunaan tenaga
    • Pengeluar beg plastic menambahkan lagi pengeluaran karbon yang bertan-tan diudara setiap tahun.
    • Di United Kingdom, pengharaman beg plastic adalah bersamaan dengan mengurangkan 18,000 kenderaan di atas jalan.
    • Sebanyak 500 juta ke 5 trilion beg plastic dihasilkan dan digunakan setiap tahun diseluruh dunia.
    • Hanya 1%  dari trillion yang dihasilkan itu dikitar semula.
    • Kebanyakan beg plastik polietilena mengambil selama 400 tahun untuk dibiodegradasikan.  Sesetengah dari itu boleh mengambil masa selama 1000 tahun untuk diuraikan.
    • Apabila polietilena diuraikan, bahan toksik akan larut dan resap ke dalam tanah dan seterusnya ke rantai makanan kita.
    • Beg plastik adalah penyumbat tanah timbunan kita.  Beg-beg ini menyekat jalanan pengairan, merosakkan landskap dan akan sentiasa mencemarkan tanah dan air kita.
    • Beg plastik juga memberi kesan yang padah kepada burung-burang dan mamalia marin yang menyangkakan beg tersebut adalah makanan. Setiap tahun, 100,000 penyu laut dan haiwan marin yang lain mati kerana beg plastik.
 Melihat daripada sudut yang positif, kempen ini sudah pasti memberikan banyak impak kepada alam sekitar bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa depan buat anak cucu kita. Tak perlu kami terangkan apa kesan positif daripada pengurangan penggunaan beg plastik dan kesan negatif penggunaannya.

Widget Mengenai Alternatif kepada Beg Plastik
Beg Boleh Digunakan Semula 
  Banyak kedai-kedai runcit yang menjual beg boleh digunakan semula dengan harga yang murah. Jika ia disimpan rapi, ia jauh lebih tahan lama berbanding beg plastik.
Kotak Boleh Dilipat 
Kotak-kotak seperti ini boleh dilipat rata apabila ia tidak digunakan.
Kotak Kadbod
Sesetengah kedai sering memberi pelanggan kotak-kotak pakej pembelian barang.
Beg Membeli Belah Beroda
Ada yang diperbuat daripada nilon, logam atau bahan-bahan lain dan mempunyai roda di bahagian dasarnya. Faedah penggunaan beg seperti ini adalah ia boleh berdiri dengan sendirinya sambil anda membeli-belah, dan anda tidak perlu mengangkat beban yang berat kerana anda boleh menariknya.
Bakul
Suatu alternatif yang kelihatan menarik dan kreatif adalah penggunaan bakul rotan. Bakul rotan yang dibuat dengan baik cukup tegap untuk mengangkat beban yang berat.
Beg Galas
Sesetengah orang menggunakan beg galas sebagai satu alternatif beg plastik. Beg galas amat mudah digunakan, terutamanya jika anda menggunakan pengangkutan awam atau menunggang sebuah motosikal ke kedai.
Beg Organik
Ia sedikit mahal berbanding beg boleh diguna semula, ini kerana beg seperti ini dihasilkan daripada bahan-bahan organik seperti kapas, yang biodegradable.
Beg Dikitar Semula
Anda boleh membeli beg dikitar semula, yang sering kali diperbuat daripada beg-beg plastik lama. Ia boleh dilipat menjadi kantung kecil yang mudah dibawa ke mana-mana.


 p/s:Jika ada sebarang kesulitan @ cara kami menyampaikan tentang Kempen HARI TANPA BEG PLASTIK ini salah,tegur lah kami. Kami akan cuba perbaikinya supaya lebih baik pada masa akan datang.
Terima Kasih dari Kami:
Staff Cawangan Johor Bahru

No comments:

Post a Comment