OUR PROFILE

WAKTU SOLAT JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI & MERSING

Wednesday, August 29, 2012

INI DOA RASULLUAH KEPADA ANAS BIN MALIK

Allahumma aksir maali wawaladi,
wawasi' li fii daari,
wabarikli fima a'atoitani,
waahsin aamali, waghfirli.

Maksudnya:

Ya Allah banyakkanlah hartaku dan anak-anakku,
luaskanlah rumahku,berkatikanlah semua yg Kau beri kepadaku,
perbaiki amalanku, dan ampunkan untukku.

TIPS TARIK REZEKI....

1) Solat berjemaah
2) Solat dhuha
3) Tadabbur al Quran
4) Sedekah
5) Jaga muamalah
6) Perbanyakkan zikir
7) Bersilaturahim

Satu ungkapan yang menarik dari Rabi bin Amir semasa menjumpai Rustam iaitu Ketua Panglima Perang Parsi, beliau berkata,

“Allah Swt mengutus kami untuk mengeluarkan manusia dari penyembahan makhluk kepada penyembahan Allah Swt, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam”.

Al-Mughirah bin Syu’bah jugaberkata,

“Agama ini telah membebaskan dari penyembahan sesama makhluk kepada penyembahan Allah”.

Kemerdekaan menurut Islam ditakrifkan apabila seseorang, sesuatu bangsa atau umat mendapat kemerdekaan daripada penjajahan dalam segala bentuk, baik penjajahan lahir atau batin. Umat yang merdeka, mereka dapat berfikir dengan bebas apa yang baik dilakukan untuk diri, bangsa atau untuk kepentingan umat seluruhnya tanpa khuatir kepada makhluk yang menghalangi, tiada yang ditakuti kecuali Allah SWT dan segala tindakannya berpandukan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW.
Selain itu, menurut pendeta Za’aba, erti kemerdekaan ialah “berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.” Kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan minda. Tanpa kemerdekaan jiwa dan minda kemerdekaan fizikal tidak berguna. Ramai cendekiawan Muslim telah menyedari bahawa cabaran utama setelah kemerdekaan fizikal adalah membina jiwa dan minda merdeka.

Walaupun dikatakan negara telah mencapai 55 tahun merdeka, sehingga kini kita dapat melihat penjajahan minda masih berterusan dan dominan dalam pemikiran anak-anak muda. Tidak hairanlah kalau kita melihat anak-anak muda berpeluk, bercium ditempat-tempat terbuka dan khalayak ramai, berpesta dengan minuman keras dan bercampur antara lelaki dan perempuan, samseng jalanan dan sebagainya. Apakah ini dikatakan “kebebasan” atau “kemerdekaan” ? Kemerdekaan yang boleh merosakkan diri, agama, masyarakat dan negara. Tidak sayukah hati kita melihat kegilaan ini ? Yes. Negara Merdeka !! Tetapi anak-anak muda (bukan semua) HANCUR!!! Erti kemerdekaan bagi generasi muda kini sebenarnya sudah luntur dan lusuh di jiwa mereka serta tidak dihargai lagi. Ini terbukti apabila berlakunya kes-kes jenayah yang membabitkan golongan ini sepertimana disebut di atas. Apa yang mereka tahu pada 31 Ogos setiap tahun adalah cuti umum kemerdekaan.

Di zaman teknologi ini, penjajahan datang dalam pelbagai warna, bentuk dan saiz walaupun sebelum ini mereka datang dengan kapal dan senjata. Sekarang mereka masuk menerusi wayar kuprum, fiber optik serta satelit dan dengan adanya globalisasi dan dunia tanpa sempadan, lebih mudah untuk mereka mempengaruhi dan mengawal kuasa politik, ekonomi dan sistem sosial kita.
Oleh itu marilah kita menghayati kemerdekaan yang sebenar menurut Islam sepertimana yang terkandung di dalam kata-kata Rub’ie bin A’mir ketika bertemu panglima tentera rom yang bernama Rustum:
Maksudnya: Allah mengutuskan kami (orang-orang islam), untuk kami merdekakan manusia, daripada mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah, daripada kezaliman agama kepada keadilan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat.Rub’ie bin Amir menyimpulkan kefahaman Islam yang diperolehinya daripada pentarbiyahan Nabi SAW bahawa penjajahan bukan sahaja boleh berlaku melalui penguasaan bangsa asing terhadap sesuatu kaum, tetapi ia juga boleh berlaku melalui penguasaan bangsa sendiri.
Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?
Ini bermakna: kemerdekaan yang sebenar ialah:
Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:
  • Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya.
  • Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum Allah SWT bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia.
Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada:
  • Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan.
  • Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat.
Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:
  • Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan.
  • Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar.
Justeru itu, kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia dan membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-dokrin yang bercanggah dengan Islam. Wallahu ‘Alam…

Tuesday, August 28, 2012

PEJABAT OPERASI ZON SELATAN: KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD: NOTIS MESYUARAT AGUNG ...

PEJABAT OPERASI ZON SELATAN: KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD: NOTIS MESYUARAT AGUNG ...: RUJUKAN SETIAP CAWANGAN DAN HALALMART KOPERASI WAHIDA HPA BERHAD: NOTIS MESYUARAT AGUNG KAWASAN KOWAHIDA 2012
KURSUS PERAWATAN BEKAM BERSANAD

HPA MART JB AKAN MENGADAKAN KURSUS PERAWATAN MELALUI KAEDAH BEKAM BERSANAD PADA :

TARIKH     : 16 SEPTEMBER 2012
MASA        : 8.30 PAGI HINGGA 5.00 PETANG
                   * PAGI      - PENERANGAN TENTANG BEKAM TEORI DAN TESTIMONI
                   *PETANG - PRAKTIKAL DAN DI PANTAU OLEH TENAGA PENGAJAR
BAYARAN : RM 70.00 SAHAJA
TEMPAT     : DEWAN DARUK HIKMAH HPA JOHOR BAHRU
                      ( ATAS CAWANGAN HPA JOHOR BAHRU)
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI 

* 013-7669803 PN EVI SHORAIYA RIDHUAN YAMANI
* 07-2328575  - AMIER
                        - ISMAIL
ATAU DATANG TERUS KE HPA MART JOHOR BAHRU

NO 44 JALAN PADI EMAS 2
BANDAR BARU UDA 
81200 JOHOR BAHRU
 
 UNTUK MAKLUMAT TENTANG BEKAM SUNNAH , SILA KLIK LINK DI BAWAH . TERIMA KASIH
BERMULA 1 SEPTEMBER 2012 HPA CAW JOHOR BAHRU AKAN BERTUKAR WAJAH DAN DIKENALI SEBAGAI HPA MART . HPA MART INI AKAN DI URUS SEPENUHNYA OLEH PN EVI SHORAIYA RIDHUAN YAMANI DI MANA PRODUK SASARAN ADALAH PRODUK SYARIKAT JENAMA HPA ( MLM ) DAN PRODUK MUSLIM LAIN( SLM) YANG MENDAPAT KELULUSAN DARIPADA SYARIKAT . OLEH ITU HPA MART JOHOR BAHRU INI MEMPELAWA MANA MANA PENGUSAHA HALAL MUSLIM UNTUK MEMASARKAN PRODUK MEREKA DI SINI..

Sunday, November 13, 2011

KENAIKAN HARGA AYAM ORGANIK 1.5 KG

ASSALAMUALAIKUM..

INFO TERKINI MENGENAI KENAIKAN HARGA AYAM ORGANIK 1.5KG BERKUATKUASA PADA 14 NOVEMBER 2011

UNTUK MAKLUMAN TUAN/PUAN, NILAI MATA BAGI PRODUK TERSEBUT ADALAH KEKAL.

HARAP MAKLUM..

1 HPA 1 UMMAH 1 PERJUANGAN

Friday, November 4, 2011

KKURSUS PINTAR HERBA TERKINI

ASSALAMUALAIKUM..

INFO TERKINI MENGENAI KURSUS PINTAR HERBA.

BAYARAN RM350.00 TERUS KEPADA AKAUN
BIMB 09010010002734 (ISMAIL BIN AHMAD)

DAPATKAN BORANG PENDAFTARAN DI CAWANGAN HPA JOHOR BAHRU

MARI BERSAMA-SAMA MENGHADIRI KURSUS PINTAR HERBA INI..