OUR PROFILE

WAKTU SOLAT JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI & MERSING

Thursday, September 1, 2011

BINGKISAN HARI RAYA UNTUK SEMUA WARGA HPA


Bingkisan Hari Raya.

Perutusan  Hari Raya  untuk semua warga HPA.

Salam Aidil  Fitri  untuk semua warga HPA di mana sahaja kita berada semoga diampuni Allah dunia dan akhirat. Sesungguhnya perjuangan kita adalah jihad yang memerlukan karamah "istiqamah" . Kerja kerja  menyedarkan manusia agar kembali kepada produk halal bukanlah sekadar laungan atau tulisan di dalam media tetapi yang lebih penting mengadakan produk altenatif. Kita perlu kemahiran dan industri dan kita memerlukan rangkaian serta kesedaran. Bila keempat faktor ini bertemu barulah dinamakan altenatif ataupun pilihan kepada umat Islam.

Syukur kepada Allah swt kerana pada tahun ini  kita mampu mengeluarkan ayam yang mencukupi untuk sebulan  Ramadhan dibandingkan dengan tahun yang lepas sekurang kurangnya untuk  mencukupi keperluan   warga HPA yang "komited". Ini membuktikan betapa kita bersungguh untuk menyediakan produk yang halal kepada umat Islam. Selain dari itu produk produk kegunaan harian juga kini memenuhi kembali premis kita yang ada. Apapun Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun tahun yang lepas.

Saya juga berterima kasih kepada semua kelab yang menyediakan program pertemuan dan majlis berbuka puasa bersama. Kita sempat mengadakan program di Sungai Petani,Kelantan,HPAIC dan juga Melaka, merangkumi semua zon tidak termasuk zon Borneo. Selepas ESP musim kedua sudah tentu semua warga dan pejuang produk halal HPA sedang siap siaga untuk menanti apakah perancangan syarikat untuk bangkit semula selepas bulan Ramadhan ini.

Sedah semestinya kita perlu bangun segera untuk memenafaatkan pasaran yang ada secepat yang boleh. Pihak syarikat komited untuk mencukupkan kembali produk yang langka di pasaran seperti kopi radix pek jambo,kopi diet,kopi O dan koko radix disamping sinergi herba yang telah berada disemua cawangan. Bentuk  pek ekonomi akan dikeluarkan khususnya untuk Memjdahkan  pengedar mengusai kembali pasaran disamping iklan berbentuk poster dan media eletronik.

Program esp akan masuk era ketiga dengan bengkel kemahiran kejurujualan serta penguasaan seni pengubatan jawi dan  dijangka akan menjadi laluan hijau di pasaran terbuka.

"Kita jangan terlalu banyak berfikir tentang persaingan kerana ia tidak akan habis sampai hari kiamat tetapi mereka yang telah berjaya mengusai pasaran ialah mereka yang sedia diberi latihan sampai hari kiamat"

Penumpuan HPA untuk melahirkan usahawan seramai 50,000 orang  tidak akan menjadi mustahil apabila kita dapat menubuhkan kelab Kepengunaan & Keusahawan (K&K)HPA di semua menara gading . Bagitu juga kelab ini akan diujudkan disemua tempat di negara kita. Paling minima ahli kelab akan menjadi pengguna dan jika mereka mampu kita akan dorong agar mereka menjadi usahawan mlms HPA yang sukses sesuai dengan cita-cita negara.

Kita bukan memandang kejayaan timur atau kejayaan barat sebagai ukuran tetapi jika negara mahu menjadi sebuah negara maju,jalan yang paling mudah ialah melahirkan usahawan. Program tranfomasi dari takok lama kepada era baru memerlukan proses penyalinan kulit luar dan dalam,cara fikir dan lebih penting cara melihat sesebuah perubahan. Perubahan mestilah berlaku atas perubahan nilai modal  Insan bukannya atas nilai kebendaan dan kerakusan. Proses menyalin slogan berjaya dan bersatu tidak akan berlaku selagi wajah tidak fokus kepada gerakerja bersepadu.

Saya mengambil kesempatan ini bagi memohon maaf atas sedikit permasalah pengedaran bonus yang sepatutnya lebih cepat terutamanya pada musim perayaan ini tetapi inilah dia yang bernama Lukisan alam  yang tidak selalunya indah seperti yang kita kehendaki. Teguhlah anda berdiri disisi mana kita berada kerana kesetiaan itulah detik manis untuk diingati ketika musim bunga nanti.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin  dari team pengurusan kepada semua warga kerja HPA dan pengedar yang berada di seluruh Nusantara ini dengan ucapan " Kita akan bangkit  dengan keupayaan yang tidak mampu dijangka kawan dan lawan"
" Produk Halal Tanggungjawab bersama". Allahuakbar. 

DI AMBIL DARI  http://jawiherbshop.blogspot.com/2011/08/bingkisan-hari-raya.html

Tuesday, August 23, 2011

SALAM AIDILFITRI DARI KAMI STAF HPA JOHOR BAHRU

ASSALAMUALAIKUM...

KAMI DARI STAF HPA JOHOR BAHRU INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI YANG AKAN MENJELMA TIDAK LAMA LAGI.. DI KESEMPATAN INI JUGA KAMI INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEKIRANYA ADA KESILAPAN DARI DIRI KAMI SEMUA.. SESUNGGUHNYA YANG BAIK ITU DATANG DARI ALLAH DAN YANG BURUK ITU DATANG DARI DIRI KITA SENDIRI..


Thursday, August 18, 2011

MAKLUMAN MENGENAI DIVIDEN 2010 KOWAHIDA

ASSALAMUALAIKUM....



Para pelabur KoWahida akan menerima surat rasmi mengenai dividen dalam tempoh yang terdekat. Proses penghantaran surat akan bermula pada 25hb sehingga 30hb 2011.
Tuan/puan juga diminta untuk mengembalikan keratan maklum balas surat dividen tersebut samada hendak mengambil dividen ataupun ditambah sebagai saham secara pos, fax, email atau terus ke ibu pejabat KOWAHIDA selewat-lewatnya 30hb Sept 2011.
Kegagalan tuan/puan mengembalikan keratan tersebut dalam tempoh tersebut menyukarkan proses pengambilan dividen tersebut kerana mengikut Undang-Undang Kecil Koperasi Seksyen 66(1), dividen hendaklah dikreditkan ke akaun modal syer anggota sekiranya anggota itu tidak meminta dibayar kepadanya secara tunai dalam tempoh 30 hari dari tarikh dividen itu diisytiharkan.
Sebarang pertanyaan atau masalah mengenai dividen dan pembayarannya, bolehlah menghubungi Pejabat KOWAHIDA di talian 04-9773813 / 14 atau pegawai seperti berikut;
I. En Mohammad Farizan bin Abu Seman No. Tel 0175815152
II. Pn Hartini bt Abd Halim No.Tel 0174853139
III. En Aizat Sharmizi bin Md Fuzailee No.Tel 0194506772



DI AMBIL DARI :
http://duniaherbahpa.com/2011/08/makluman-mengenai-dividen-2010-kowahida/

Wednesday, August 17, 2011

JEMPUTAN KE MAJLIS TADARUS AL-QURAN, BERBUKA PUASA DAN SOLAT TERAWIKH DI HPA JOHOR BAHRU

ASSALAMUALAIKUM...

SUKACITANYA KAMI DARI STAF HPA JOHOR BAHRU INGIN MENJEMPUT KE MAJLIS TADARUS AL-QURAN, BERBUKA PUASA & TARAWIH BERSAMA-SAMA ANJURAN KELAB KOMUNITI JOHOR BAHRU & KELAB EVEGREEN KOMUNITI SKUDAI.


DENGAN ITU PIHAK KAMI AMAT BERBESAR HATI UNTUK MENJEMPUT SEMUA AHLI-AHLI  HPA, STAF-STAF HPA DAN ORANG RAMAI UNTUK MEMERIAHKAN SERTA MERAMAIKAN DI MAJLIS YANG MULIA INI.  AMIN,INSYA-ALLAH..

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA INSAN TERPILIH & BENGKEL ESP SINERGI HERBA+AGEN STOK DI HPA HALAL MART SERKAM

 ASSALAMUALAIKUM...


PROGRAM : BENGKEL SINERGI HERBA & AGEN STOK(SIRI 3&4)
TARIKH:21 OGOS 2011 BERSAMAAN 21 RAMADHAN 1432H
MASA: 08:00 PAGI - 05:00 PETANG
TEMPAT: DEWAN HPA HALAL MART SERKAM,MELAKA


PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA
*RM50.00 AKAN DIKENAKAN KEPADA AHLI YANG BELUM MENGHADIRI PROGRAM ESP


TERBUKA KEPADA 100 ORANG SAHAJA.
TEMPAT ADALAH TERHAD.
SEMUA PJS, PELAPIS PJS DAN EKSEKUTIF CAWANGAN DIWAJIBKAN HADIR PADA PROGRAM TERSEBUT.


UNTUK PENDAFTARAB & SEBARANG ERTANYAAN, SILA HUBUNGI:
NURAINA BTE ABD RAZAK - 012-2376836
HPA HALAL MART SERKAM - 06-2634100

Saturday, August 6, 2011

KESAN DNA BABI DALAM SOSEJ PULUT DAN KEPINGAN AYAM


KANGAR: Sosej pulut dan kepingan ayam (chicken cake) yang dijual di beberapa bazar Ramadan di sini dan digemari ramai penduduk tempatan, disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.
TIDAK HALAL – SOSEJ PULUT DAN KEPINGAN AYAM TANPA JENAMA YANG DIIMPORT DARI THAILAND
Perkara itu disahkan Jabatan Kesihatan Perlis semalam selepas memperoleh keputusan analisis ke atas tujuh sampel awal yang dikumpulkan pihaknya di sekitar Sungai Bahru di sini dan daripada jumlah itu, dua disahkan mengandungi DNA babi.
Timbalan Pengarah (Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan) jabatan itu, Mahamad Sukor Senapi ketika dihubungi berkata, dua produk yang dijual tanpa jenama itu mengandungi DNA babi.
“Sejak tempoh dua minggu lalu, sekurang-kurangnya 16 sampel dikumpulkan di sekitar kawasan berkenaan susulan aduan orang ramai yang khuatir dengan status halal produk berkenaan yang dikatakan dibawa masuk secara haram dari Thailand.
“Buat masa sekarang, hanya dua daripada tujuh sampel awal disahkan mengandungi DNA babi dan kita masih menunggu hasil analisis baki sembilan lagi sampel yang dihantar bagi tujuan berkenaan,” katanya.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/articles/KesanDNAbabi/Article#
Inilah jadinya apabila umat islam yang menjual dan yang membeli tidak langsung prihatin dan sensitif tentang halal haram. Produk-produk seumpama ini boleh didapati oleh penjual secara pukal dengan harga yang murah yang sebahagian besarnya diimport dari Negara Thailand.

BENGKEL SINERGI HERBA BERSAMA PENGARAH URUSAN

ASSALAMUALAIKUM..

PROGRAM BENGKEL SINERGI HERBA BERSAMA PENGARAH URUSAN HPA.
TARIKH : 6 OGOS 2011 (Sabtu)

TEMPAT:DEWAN OMAR MUKHTAR, LAGENDA HEIGHT, SUNGAI PETANI, KEDAH.
TERBUKA KEPADA 50 ORANG SAHAJA (TERBUKA KEPADA BEKAS PESERTA ESP).
UNTUK PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN SILA HUBUNGI:
CIK LIYANA : 013-4188797
EN.HAFIDZ ISMAIL : 019-4749717
Insya ALLAH Berbuka Puasa dan solat tarawikh Bersama Pengarah Urusan HPA