ASSALAMUALAIKUM....
Bisnes bukan gimik tetapi adalah realiti. Ahli HPA mestilah matang dalam  menghadapi segala mehnah perniagaan, lebih-lebih lagi apabila ia  menjadi besar kerana pesaing di pasaran tidak akan memberikan laluan  mudah untuk mengambil pasaran yang sedia ada. Sikap tidak percaya kepada  keupayaan umat Islam dalam bidang perniagaan juga merupakan faktor yang  akan menarik bisnes ke bawah.
Kadangkala bisnes yang kecil mudah  mendapat sokongan pengguna dibandingkan bisnes besar yang setiap hari  bertambah perasaan hasad di kalangan kaum sendiri. Bukan mudah untuk  memuatkan laporan dan berita berupa iklan dalam surat kabar kerana iklan  percuma hanya diberikan ketika mengulas isu-isu negatif tentang  kelemahan bisnes sahaja.
Kita perlu belajar daripada  bangsa-bangsa yang maju pada hari ini kerana bagi mereka bisnes adalah  satu pakej perjuangan dalam kehidupan. Mereka berniaga kerana keperluan  dan minat yang mendalam sekalipun dalam situasi perang. Sebagai  contohnya beberapa buah   syarikat Korea didapati mengembangkan  perniagaan mereka  ketika Iraq di ambang peperangan. Begitu juga ketika  dunia masih belum menjengok benua Afrika, syarikat besar dari Korea dan  China sudah pun membangunkan potensi bisnes di sana.
Syarikat  muslim sepatutnya mengambil pelajaran ini dari hanya bergantung kepada  publisiti dan gimik bisnes dalam negeri. Kita perlu meluaskan wawasan  bisnes dengan gagasan ekonomi produk halal dunia. HPAic yang menjadi  pusat pertemuan peniaga muslim sedunia akan terus menggiatkan program  "Network Matching" bukan hanya dalam negara tetapi seluruh dunia Islam.
Rakan  bisnes sedunia perlu diramaikan bagi membangkitkan isu halal sebagai  isu global meskipun pada masa kini, bisnes halal dikuasai oleh negara  yang minoriti umat Islam. Bagi HPA yang mewakili bisnes  100% milik  bumiputra bukan sahaja berhadapan dengan cabaran production untuk  menyediakan  bahan asas kepada barang siap (A to Z) tetapi kita juga  terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang dan kejatuhan jualan.  Syarikat-syarikat gergasi akan mempertahankan market mereka sementara  HPA terpaksa bergelut dengan keyakinan ummat dan keperluan modal yang  tinggi.
Inilah yang dikatakan jihad dalam perniagaan  dan kita   boleh berniaga kerana  kita adalah seorang hamba Allah  yang yakin 100%  tentang keberkatan dan janji baik dari sebuah perjuangan dan kepada  semua ahli-ahli HPA perlulah matang dan jangan  terperangkap  dengan  isu- isu negatif harian.
DI PETIK DARI : http://jawiherbshop.blogspot.com/2011/09/duri-duri-peniagaan.html
 

 
No comments:
Post a Comment