OUR PROFILE

WAKTU SOLAT JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI & MERSING

Friday, September 23, 2011

SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

MUFLIS DI AKHIRAT

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.” Lantas Baginda s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadith riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith itu, dapat kita fahami bahawa golongan yang menjadi muflis pada akhirat adalah berasal daripada orang yang memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat mereka itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizaliminya. Alangkah ruginya golongan muflis ini. Ganjaran pahala yang mereka kumpul dengan mengerjakan bermacam ibadat, akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu mereka bayar disebabkan kesalahan mereka terhadap orang lain.
Meskipun kita malu jika isytiharkan muflis di dunia ini, namun kita masih lagi beruntung kalau dibandingkan dengan situasi muflis di akhirat. Jika muflis di dunia, masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu kita. Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila muflis di akhirat? Siapakah yang akan bersimpati? Siapakah yang bakal menolong kita dan siapakah pula yang akan menyelamatkan kita dari azab seksaan neraka Allah? Kuat beribadah dan memiliki pahala yang banyak tidak menjamin terpeliharanya seseorang itu daripada azab Allah jika pada masa sama dia masih melakukan penganiayaan, penindasan dan kezaliman kepada insan lain.
Firman Allah bermaksud: “Pada hari itu Kami akan tutup mulut mereka dan memberi peluang tangan mereka memberitahu Kami (mengenai kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang sudah mereka perbuatkan (ketika hidup di dunia).” (Surah Yaasin, ayat 65)
Selain itu, kita juga diingatkan agar bertanggungjawab terhadap amanah keluarga iaitu isteri dan anak-anak. Dibimbangi di akhirat kelak, mereka akan menuntut segala pertanggungjawaban yang tidak kita tunaikan kepada mereka. Tanggungjawab memberi mereka ilmu, pendidikan, perlindungan, makanan, kesihatan dan sebagainya akan dipersoalkan kepada kita sama ada terlaksana atau terabai. Jika kita perhatikan realiti hari ini, berapa ramai ibu bapa yang selalu solat berjemaah di masjid, mendengar ceramah, menghadiri kelas pengajian agama dan melakukan pelbagai amal kebajikan, sedangkan anak mereka terbiar tanpa mendapat pendidikan agama sempurna, terbabit dengan jenayah, gejala sosial, maksiat dan kegiatan kemungkaran?
Golongan ibu bapa seperti ini mengerjakan amal ibadat dengan penuh kesungguhan, tetapi mereka beribadah dalam situasi yang kurang bijak. Mereka lupa bahawa tanggungjawab memberikan pendidikan agama terhadap anak-anak juga ibadat besar dan mulia. Jika amanah dan tanggungjawab ini sengaja dibiarkan terabai, dikhuatiri ia akan menjadi penghalang untuk seseorang hamba itu memasuki syurga Allah, walaupun memiliki banyak pahala hasil daripada amal ibadatnya.
Oleh itu marilah kita memohon kemaafan kepada orang yang kita sakiti, aniayai, hina dan pelbagai perbuatan buruk yang telah dilakukan  dengan menghayati satu hadith dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Hadith riwayat Bukhari)

dipetik dari  sumber:

Wednesday, September 21, 2011

PROGRAM KHAS LALUAN KE PUNCAK JAYA

ASSALAMUALAIKUM...


Kelebihan Program Khas Laluan Ke Puncakjaya (PKLP)
1. Maintain 50NM pada hari program akan naik pangkat PB ke PLX dan pangkat2 seterusnya.
2. Pengisian hebat oleh Ustaz Zolkharnain Abidin, PJS Hafidzan Faudzi, PJS Cikgu Murad Abu Bakar,  PJS Jefri Armando
4. Pertandingan Kopi Radix Tariiiikkkkkkk
Kenapa PKLP dilaksanakan?
1. Untuk menyuntik semangat baru kepada ahli HPA dengan peluang kenaikan pangkat dan bonus.
2. Untuk mencetuskan fenomena kopi Radix yang sudah dikenali ramai di kalangan masyarakat
3. Agar jualan syarikat dapat dipulihkan dengan pantas serta membantu pemulihan segera kewangan syarikat
4. Agar syarikat dapat kembali berdaya saing, mampu melangsaikan pembayaran bonus ikut jadual serta dapat kembali mendapat kepercayaan tinggi khususnya warga HPA.
5. Akhirnya kegiatan bisnes ahli-ahli HPA akan kembali rancak.

Tuesday, September 20, 2011

KURSUS PINTAR HERBA

Assalamualaikum..

Program Kursus Pintar Herba HPA.

Insyallah sepenuhnya bersama Pengarah Urusan HPA

Terbuka kepada semua yang berminat mendalami pengetahuan herba. Pembelajaran dari alam sekeliling di kampung Pengarah Urusan

PENYERTAAN ADALAH TERHAD...

Wednesday, September 14, 2011

PENJELASAN BERHUBUNG DAKWAAN KILANG MUNCHY'S DISERBU JAKIM


'TERKINI : JAKIM TLH BUAT SERBUAN KE ATAS KILANG MUNCHYS, BT. PAHAT DAN MENEMUI STOR ARAK. BOSSNYA DGN RASA BANGGA DAN RASA TAK BeRSALAH, MENGATAKN ARAK TERSEBUT UTK DICAMPUR KE DALAM BISKUT .. TLG SEBARKN MAKLUMAT INI KPD SEISLAM&KEPENTINGAN UMAT ISLAM. DR PEG. JAKIM-HJ. JALIL B. RAIHAN (JAKIM PUTRAJAYA)'

 

Saya percaya ramai antara pembaca menerima pesanan ringkas, SMS terbabit.

Jika dilihat dari aspek penulisan, maklumat kelihatan meragukan tetapi wajar untuk sayamenyingkap fakta sebenar.

Sebaik membaca SMS itu, pasti ramai ingin tahu berhubung status kesahihan kandungannya. Justeru pada jam 1.45 tengah hari tadi saya menghubungi Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan, Bahagian Hub Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Ustaz Amri Abdullah.

"Saya mula menerima SMS itu sejak 2 hari raya tetapi kadar penerimaannya semakin meningkat sejak semalam. Setakat ini, saya telah menerima lebih 20 panggilan dari orang ramai dan ratusan SMS," jelas beliau.

"Nama Haji Jalil Raihan memang ada di JAKIM?," soal saya.

"Tidak ada. Ini kira macam SMS berantai. Memang pada tahun 2005, JAKIM pernah membuat pemeriksaan di kilang Munchy's di Tongkang Pecah, Batu Pahat, Johor tetapi siasatan telah selesai, tidak ada masalah," balas Ustaz berasal dari Pahang itu.

Maksudnya, SMS disebarkan pihak tidak bertanggungjawab itu palsu.

Tuesday, September 6, 2011

PROGRAM BULAN SEPTEMBER

ASSALAMUALAIKUM...

MINTA PERTOLONGAN DARI CAWANGAN-CAWANGAN UNTUK MEMBERITAHU PADA LEADER-LEADER DAH AHLI-AHLI BERKENAAN DENGAN PROGRAM PADA BULAN SEPTEMBER INI.
KAMI DARI CAWANGAN JOHOR BAHRU INGIN MEMINTA JASA BAIK DARI CAWANGAN-CAWANGAN SERTA LEADER-LEADER UNTUK TOLONG UNTUK MEMBERI SENARAI  NAMA-NAMA AHLI YANG INGIN TERLIBAT UNTUK PROGRAM KALI INI PADA CAWANGAN JOHOR BAHRU.

SILA NYATAKAN BENGKEL MANA YANG MEREKA MAHU TERLIBAT.

JIKA AHLI INGIN KE BENGKEL PERTAMA,IANYA AKAN DI ADAKAN DI CAWANGAN HPA HALAL MART AYER KEROH. UNTUK PENGETAHUAN JUGA,BENGKEL DI HALAL MART AYER KEROH ADALAH YANG TERAKHIR BAGI BENGKEL SIRI PERTAMA.

JIKA AHLI INGIN KE BENGKEL SIRI KETIGA,AIANYA AKAN DI ADAKAN DI CAWANGAN NILAI & JOHOR BAHRU.

KAMI AKHIRI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH..

ASSALAMUALAIKUM...





"1 HPA, 1 PERJUANGAN, 1 UMMAH"
"PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA"

DURI-DURI PERNIAGAAN

ASSALAMUALAIKUM....

Bisnes bukan gimik tetapi adalah realiti. Ahli HPA mestilah matang dalam menghadapi segala mehnah perniagaan, lebih-lebih lagi apabila ia menjadi besar kerana pesaing di pasaran tidak akan memberikan laluan mudah untuk mengambil pasaran yang sedia ada. Sikap tidak percaya kepada keupayaan umat Islam dalam bidang perniagaan juga merupakan faktor yang akan menarik bisnes ke bawah.

Kadangkala bisnes yang kecil mudah mendapat sokongan pengguna dibandingkan bisnes besar yang setiap hari bertambah perasaan hasad di kalangan kaum sendiri. Bukan mudah untuk memuatkan laporan dan berita berupa iklan dalam surat kabar kerana iklan percuma hanya diberikan ketika mengulas isu-isu negatif tentang kelemahan bisnes sahaja.

Kita perlu belajar daripada bangsa-bangsa yang maju pada hari ini kerana bagi mereka bisnes adalah satu pakej perjuangan dalam kehidupan. Mereka berniaga kerana keperluan dan minat yang mendalam sekalipun dalam situasi perang. Sebagai contohnya beberapa buah syarikat Korea didapati mengembangkan perniagaan mereka ketika Iraq di ambang peperangan. Begitu juga ketika dunia masih belum menjengok benua Afrika, syarikat besar dari Korea dan China sudah pun membangunkan potensi bisnes di sana.

Syarikat muslim sepatutnya mengambil pelajaran ini dari hanya bergantung kepada publisiti dan gimik bisnes dalam negeri. Kita perlu meluaskan wawasan bisnes dengan gagasan ekonomi produk halal dunia. HPAic yang menjadi pusat pertemuan peniaga muslim sedunia akan terus menggiatkan program "Network Matching" bukan hanya dalam negara tetapi seluruh dunia Islam.

Rakan bisnes sedunia perlu diramaikan bagi membangkitkan isu halal sebagai isu global meskipun pada masa kini, bisnes halal dikuasai oleh negara yang minoriti umat Islam. Bagi HPA yang mewakili bisnes 100% milik bumiputra bukan sahaja berhadapan dengan cabaran production untuk menyediakan bahan asas kepada barang siap (A to Z) tetapi kita juga terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga barang dan kejatuhan jualan. Syarikat-syarikat gergasi akan mempertahankan market mereka sementara HPA terpaksa bergelut dengan keyakinan ummat dan keperluan modal yang tinggi.

Inilah yang dikatakan jihad dalam perniagaan dan kita boleh berniaga kerana kita adalah seorang hamba Allah yang yakin 100% tentang keberkatan dan janji baik dari sebuah perjuangan dan kepada semua ahli-ahli HPA perlulah matang dan jangan terperangkap dengan isu- isu negatif harian.

DI PETIK DARI : http://jawiherbshop.blogspot.com/2011/09/duri-duri-peniagaan.html

Thursday, September 1, 2011

BINGKISAN HARI RAYA UNTUK SEMUA WARGA HPA


Bingkisan Hari Raya.

Perutusan  Hari Raya  untuk semua warga HPA.

Salam Aidil  Fitri  untuk semua warga HPA di mana sahaja kita berada semoga diampuni Allah dunia dan akhirat. Sesungguhnya perjuangan kita adalah jihad yang memerlukan karamah "istiqamah" . Kerja kerja  menyedarkan manusia agar kembali kepada produk halal bukanlah sekadar laungan atau tulisan di dalam media tetapi yang lebih penting mengadakan produk altenatif. Kita perlu kemahiran dan industri dan kita memerlukan rangkaian serta kesedaran. Bila keempat faktor ini bertemu barulah dinamakan altenatif ataupun pilihan kepada umat Islam.

Syukur kepada Allah swt kerana pada tahun ini  kita mampu mengeluarkan ayam yang mencukupi untuk sebulan  Ramadhan dibandingkan dengan tahun yang lepas sekurang kurangnya untuk  mencukupi keperluan   warga HPA yang "komited". Ini membuktikan betapa kita bersungguh untuk menyediakan produk yang halal kepada umat Islam. Selain dari itu produk produk kegunaan harian juga kini memenuhi kembali premis kita yang ada. Apapun Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun tahun yang lepas.

Saya juga berterima kasih kepada semua kelab yang menyediakan program pertemuan dan majlis berbuka puasa bersama. Kita sempat mengadakan program di Sungai Petani,Kelantan,HPAIC dan juga Melaka, merangkumi semua zon tidak termasuk zon Borneo. Selepas ESP musim kedua sudah tentu semua warga dan pejuang produk halal HPA sedang siap siaga untuk menanti apakah perancangan syarikat untuk bangkit semula selepas bulan Ramadhan ini.

Sedah semestinya kita perlu bangun segera untuk memenafaatkan pasaran yang ada secepat yang boleh. Pihak syarikat komited untuk mencukupkan kembali produk yang langka di pasaran seperti kopi radix pek jambo,kopi diet,kopi O dan koko radix disamping sinergi herba yang telah berada disemua cawangan. Bentuk  pek ekonomi akan dikeluarkan khususnya untuk Memjdahkan  pengedar mengusai kembali pasaran disamping iklan berbentuk poster dan media eletronik.

Program esp akan masuk era ketiga dengan bengkel kemahiran kejurujualan serta penguasaan seni pengubatan jawi dan  dijangka akan menjadi laluan hijau di pasaran terbuka.

"Kita jangan terlalu banyak berfikir tentang persaingan kerana ia tidak akan habis sampai hari kiamat tetapi mereka yang telah berjaya mengusai pasaran ialah mereka yang sedia diberi latihan sampai hari kiamat"

Penumpuan HPA untuk melahirkan usahawan seramai 50,000 orang  tidak akan menjadi mustahil apabila kita dapat menubuhkan kelab Kepengunaan & Keusahawan (K&K)HPA di semua menara gading . Bagitu juga kelab ini akan diujudkan disemua tempat di negara kita. Paling minima ahli kelab akan menjadi pengguna dan jika mereka mampu kita akan dorong agar mereka menjadi usahawan mlms HPA yang sukses sesuai dengan cita-cita negara.

Kita bukan memandang kejayaan timur atau kejayaan barat sebagai ukuran tetapi jika negara mahu menjadi sebuah negara maju,jalan yang paling mudah ialah melahirkan usahawan. Program tranfomasi dari takok lama kepada era baru memerlukan proses penyalinan kulit luar dan dalam,cara fikir dan lebih penting cara melihat sesebuah perubahan. Perubahan mestilah berlaku atas perubahan nilai modal  Insan bukannya atas nilai kebendaan dan kerakusan. Proses menyalin slogan berjaya dan bersatu tidak akan berlaku selagi wajah tidak fokus kepada gerakerja bersepadu.

Saya mengambil kesempatan ini bagi memohon maaf atas sedikit permasalah pengedaran bonus yang sepatutnya lebih cepat terutamanya pada musim perayaan ini tetapi inilah dia yang bernama Lukisan alam  yang tidak selalunya indah seperti yang kita kehendaki. Teguhlah anda berdiri disisi mana kita berada kerana kesetiaan itulah detik manis untuk diingati ketika musim bunga nanti.

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin  dari team pengurusan kepada semua warga kerja HPA dan pengedar yang berada di seluruh Nusantara ini dengan ucapan " Kita akan bangkit  dengan keupayaan yang tidak mampu dijangka kawan dan lawan"
" Produk Halal Tanggungjawab bersama". Allahuakbar. 

DI AMBIL DARI  http://jawiherbshop.blogspot.com/2011/08/bingkisan-hari-raya.html